Thursday, 11 December 2014

PRA-CIPTA 1 2014

pra cipta satu merupakan perbentangan projek tahun akhir bagi tahun ini. ia membentangkan tentang penekanan terhadap penambahbaikan terhadap projek yang dilakukan melalui sesi soal jawab dan kritikan. melalui pra cipta 1 ia dapat menambahbaik pada projek yang dilakukan supaya pada pra cipta 2 terdapat perkembangan penambahbaikan dari segi rekaan yang dibuat.

pada pra-cipta 1 baru-baru ini, sesi soal jawab dan kritikan telah dilakukan terhadap projek inovasi alat pemantul cahaya di selekoh jalan dari segi sistem,harga pasaran dan kos pembatan serta material yang bersesuaian terhadap projek ini. oleh itu penambahbaikan dan kajian akan dilakukan bagi memastikan projek ini bertambah baik pada pra cipta 2 nanti ,dan rekaan ini dihadar mampu memberi manfaat pada pengguna lebuh raya.

di bawah mock up inovasi alat pemantul cahaya selekoh jalan :

pandangan 3D

pandangan belakang

pandangan sisi

Thursday, 4 December 2014

LAKARAN SPORT CAR 2020

lakaran yang di buat bagi penghasilan kereta untuk malaysia pada tahun 2020 , konsep yang diguna klasik dan futuristic :


lakaran awal

lakaran sisi

lakaran hadapan

PENGGUNAAN FOAM BAGI PENGHASILAN MODEL

foam merupakan salah satu bahn yang digunakan bagi penghasilan model sesuatu rekaan. hal ini kerana foam mudah untuk dibentuk selain ringan dan murah , ia banyak digunakan oleh pelajar atau pereka untuk menterjemahkan rekaan pada bentuk sebenar sebelum penggunaan bahan yang asal.

foam merupakan bahan atau cecair dari campuran bahan kimia membentuk menjadi solid. oleh itu penggunaan foam sangat meluas untuk pelbagai kegunaan. penghasilan model kereta daripada bahan foam mudah tetapi terdapat sedikit kelemahan serta kurang cantik apabila menghasilkan model berbanding penggunaan clay untuk transport.

gambar dibawah merupakan penghasilan foam untuk membuat model kereta secara manual melalui campuran 2 cecair penghasil foam bagi semester 5 :



foam yang telah siap dihasilkan
foam dalam proses pengembungan

penggunaan acuan dan plastik dalam membuat foam secara manual

penggunaan plastik bagi mengelakkan cecair keluar dan foam melekat pada acuan

pencampuran cecair foam

proses pengembungan dan pembentukan foam

PENGHASILAN PROTOTAIP PROJEK PTA 2014

penghasilan prototaip untuk PTA kali ini dilakukan pada skala saiz sebenar. projek PTA ini ialah inovasi alat pemantul cahaya , ia digunakan pada selekoh jalan terutama di lebuh raya. hal ini kerana kegunaan nya bagi memudahkan pengguna lebuh raya melalui jalan raya terutamanya pada waktu malam.

 pada prototaip yang dihasilkan ini ,penggunaan bahan seperti plywood bagi menghasilkan ptototaip diguna untuk memudahkan penelitian dilakukan pada reka bentuk dan saiz alat pemantul cahaya yang dihasilkan , ini disebabkan bahan seperti plywood lebih mudah dibentuk dan dicantum serta kos yang rendah sebelum rekaan sebenar dihasilkan. bagi rekaan yang asal penggunaan bahan untuk alat pemantul cahaya ialah plastik yang tahn lasak dari segi panas,api dan lain-lain lagi.

dibawah merupakan prototaip yang dihasilkan menggunakan bahan dari plywood, keseluruhan kesiapan adalah sebanyak 50% :


prototaip alat pemantul cahaya (siap 50%)






Thursday, 27 November 2014

KAJIAN TERHADAP REKA BENTUK PENGHADANG SELEKOH JALAN

penghadang selekoh jalan merupakan alat yang diletakan diselekoh dan direka bagi mengelakkan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan daripada terbabas ke kawasan yang berbahaya seperti gaung , sungai atau paya. hal ini kerana jika kemalangan yang berlaku terbabas ke gaung tampa adanya penghadang selekoh pasti akan mengalami keadaan yang lebih teruk.

oleh itu bagi panghasilan projek bagi PTA 2014 ini ,saya telah memilih alat pemantul cahaya yang berfungsi memberi amaran kepada pemandu agar berhati-hati ketika melalui jalan yang merbahaya. oleh hal yang demikian penghasilan alat pemantul cahaya tersebut akan diletakkan pada penghadang selekoh atau jalan tersebut. hal ini kerana ini direka bagi menjimatkan ruang pada jalan selain fungsi menjadi 2 dalam 1 iaitu penghadang serta pemantul cahaya , ini akan memberi kemudahan kepada pemandu melalui jalan terutamanya pada waktu malam.

penghadang jalan terdapat perbagai saiz , bentuk dan warna selain fungsinya. bagi penghasilan alat pemantul cahaya yang akan digabung pada penghadang jalan ialah yang berjenis seperti dibawah :

penghadang jalan
 

KEPENTINGAN KAJIAN DILAKUKAN

kajian merupakan element yang penting dalam mengatasi masalah , mencari pembaharuan atau membuat penambahbaikan terhadap sesuatu rekaan . hal ini kerana kajian yang dilakukan memudahkan seseorang pereka untuk melakukan ciptaan atau pembaharuan dalam sesuatu projek.

dalam pada itu , saya telah membuat satu kajian  ringkas tentang penggunaan tenaga baharu yang boleh menjimatkan serta mengelakkan pelepasan gas rumah hijau melalui penggunaan kenderaan. saya telah membuat perbandingan terhadap jenis tenaga bahan bakar bagi kegunaan kereta sport.

setelah mebuat beberapa perbandingan terhadap tenaga bahan bakar yang mudah diguna, tidak mencemarkan alam serta jimat kos , penggunaan bahan pengerak kereta dari solar atau elektrik ternyata lebih baik , murah, mudah diperolehi serta jimat kos berbanding penggunaan jenis tenaga lain seperti bahan api petroleum dan desiel. hal ini kerana ia boleh diperolehi secara semulajadi selain sumber yang tidak terhad.

di bawah merupakan panel kajian yang dijalankan bagi mencari kelebihan jenis tenaga untuk kegunaan kereta sport untuk masa depan :


panel kajian perbandingan jenis bahan api yang effision

Thursday, 20 November 2014

LUKISAN TEKNIKAL


lukisan tenikal merupakan sebagian perkara yang perlu dilakukan bagi maemastikan dimensi rekaan dari segi saiz dan lain-lain dicatatkan ertujuan memudahkan rekaan dibuat. selaiitu lukisan teknikal digunaan dalan penghasilan projek FYP untuk kali ini bagi rekaan inovasi alat pemantul cahaya diselekoh. lukisan teknikal dihasilkan bagi memastikan rekaan inovasi alat pemantul cahaya saiz dan proportion rekaan sebenar tepat.

selain itu juga lukisan teknikal dihasilkan bagi memudahkan gambaran peletakan komponen dalam alat pemantul cahaya sebelum rekaan sebenar dihasilkan.

contoh lukisan teknikal:


gambar dari google

gambar dari google